My photo
Aku berhenti menonton filem Melayu sejak filem Hacks dipasarkan. Heck tui.
Pemikiran majority Malaysian sudah lama embrace idea bahawa barang barang dari negara luar adalah kool dan hebat.

Begitu juga jika kau belajar/ melancong ke negara luar. Apa apa yang kau buat disana adalah kool dan hebat.

Kalau nak jadi lelaki yang kool dan hebat maka belilah jeans Levi's, sweater Nike original, iPod, pakai sunglasses-- dan upload gambar di Facebook. Sudah pasti Like button di-hit banyak kali.

Jadi apa yang buat lelaki lelaki dalam Malaysia ini nampak kool dan hebat?

Naah, we're Malaysian. And we're way too cool with that title. Selamat hari Malaysia.
Sebenarnya ada masa bila aku melihat Kpop aku rasa nak muntah.

Bukan nak muntah sebab menyampah. Aku tak rasa menyampah dengan Kpop bahkan aku kagum sebab mereka boleh terkinja kinja sambil menyanyi dan membuatkan jantan jantan melopong.

Tapi aku nak muntah sebab terbayangkan mereka takmandi.

Sudahlah menari berpeluh berpeluh atas pentas lepastu balik terus tidur sebab kepenatan. Bangun tidur esok terus praktis sampailah buat performance semua.

Mari kita bayangkan sama sama. Kpop; gadis gadis jelita seperti SNSD, Miss A, Kara dan Wondergirls mempunyai ketiak yang putih tetapi hangit. Bau ketiak mereka membolehkan kau taklalu makan.

Sebab itulah aku nak muntah. Aku pernah nak muntah masa pergi majlis makan makan kat rumah jiran dan anak dia pasang 391. Perut lapar tapi desakan budak budak yang gila Kpop buat hidup aku menderita.

Lalu aku pulang kerumah dengan perasaan hampa dan memasak megi dua minit.
Sikap kalut dan tidak ambil kisah boleh memberi kesan negatif kepada hidup kita. Sekurang-kurangnya terkesan kepada the whole day aku.

Kisahnya bila aku pulang ke Damansara untuk menghabiskan dua hari bekerja tapi sebenarnya hati memang entah kemana mana untuk bekerja. Jadi malamnya aku tidur lewat dengan baju dan seluar terbarai di katil.

Esoknya aku bangun lambat dan main bedal apa yang sempat untuk dipakai. Dan aku terlepas pandang.

T-shirt Liverpoool menjadi pilihan hati sedangkan Liverpool dah kalah malam raya haritu. Tiba-tiba pulak bos yang tak pernah nak pandang aku tegur "Wah Liverpool" dimana otak aku terjemahkan ayat itu sebagai buuuu tak malu buuuu dah kalah dok pakai lagi baju tu !

I will always walk alone.
Setiap insan mempunyai impian masa kecil (nada pengacara rancangan Majalah 3).

Termasuk aku.

Di usia 13 tahun, aku dah decide aku nak menjadi seorang yang cool. Aku nak warnakan rambut dark blue but not actually blue. Ya know, some sort of rambut yang kelihatan normal tapi akan bertukar menjadi biru abnormal apabila terkena pancaran matahari. Woahh sungguh kewl !

Jadi 10 tahun kemudian aku telah warnakan rambut menjadi warna rambut idaman. Oh, kenapa aku baru buat sekarang? Kenapa tidak 10 tahun lalu bila orang sekeliling melihat akan ternganga dan berkata woaaaahh (sambil mulut ternganga luas) kewlnya dia !

Sebab aku tak ada duit dan takpernah berduit. Yang aku pi kaler ni pun sebab dibiaya syarikat. Aku ni boleh tahan berkira bila nak spend duit untuk benda benda mengarut macam ni (huh?). Alhamdullillah penantian aku selama 10 tahun berbaloi (angkat tangan berdoa macam artis yang mula bertudung).

Macam aku cakap tadi, rambut biru kewl ini cuma boleh dilihat dibawah pancaran matahari. Yang sampai sekarang mendung sepanjang hari di sini.

Terus bebai dan decide nak botak.