My photo
Aku berhenti menonton filem Melayu sejak filem Hacks dipasarkan. Heck tui.
Aku ada masalah serius. Masalah yang aku tak tahu orang-orang diluar sana mengalaminya atau tidak. Kalau ya maka aku tergolong dalam kumpulan insan normal. Jika tidak, aku nak menangis tersedu sedan.

Aku seorang loner. Lone ranger. Tak hot. Takpandai bersosial. Belajar apatah lagi, memang takpandai pandai. Aku adalah yang berada paling dibawah senarai orang-orang yang nak dibuat kawan. Mungkin sebab aku takpandai entertain orang. Ceh, nak entertain diri sendiri pon takpandai apatah lagi nak entertain orang. Jadi orang-orang pun tak berminat nak kawan dengan aku. Loser lah katakan.

Jadi aku buat blog. Dari situ, terbit masalah lain pula. Apa barang buat blog kalau setahun cuma satu entri?

Demi memenuhi nafsu serakah sendiri untuk membebel (atau mungkin juga aku adalah seorang attention seeker) aku gagahkan juga menaip. Kadang benda yang tak ada point, tak penting, tak menarik, lame dan sebagainya menjadi bahan tulisan aku. Contohnya seperti kenapa aku mudah menangis? Kenapa ayah namakan aku Nakoton? Kenapa aku failed Add Math dulu? Kenapa kenapa dan kenapa.

Topik topik menarik untuk ditulis juga timbul ketika waktu yang tidak sepatutnya (wrong timing) seperti sedang mandi, sedang berak, sedang bercinta, sedang mengelamun dan sedang masak dimana kertas dan pen tidak berada di tangan ketika itu.

Dan disinilah masalahnya timbul iaitu cara penulisan aku yang kelaut. Aku tak reti nak merangka karangan dan akhirnya ia end up menjadi sesuatu yang taik.

Macam yang sekarang ni. Yang kau sedang baca ini.

No comments: