My photo
Aku berhenti menonton filem Melayu sejak filem Hacks dipasarkan. Heck tui.
Setiap insan mempunyai impian masa kecil (nada pengacara rancangan Majalah 3).

Termasuk aku.

Di usia 13 tahun, aku dah decide aku nak menjadi seorang yang cool. Aku nak warnakan rambut dark blue but not actually blue. Ya know, some sort of rambut yang kelihatan normal tapi akan bertukar menjadi biru abnormal apabila terkena pancaran matahari. Woahh sungguh kewl !

Jadi 10 tahun kemudian aku telah warnakan rambut menjadi warna rambut idaman. Oh, kenapa aku baru buat sekarang? Kenapa tidak 10 tahun lalu bila orang sekeliling melihat akan ternganga dan berkata woaaaahh (sambil mulut ternganga luas) kewlnya dia !

Sebab aku tak ada duit dan takpernah berduit. Yang aku pi kaler ni pun sebab dibiaya syarikat. Aku ni boleh tahan berkira bila nak spend duit untuk benda benda mengarut macam ni (huh?). Alhamdullillah penantian aku selama 10 tahun berbaloi (angkat tangan berdoa macam artis yang mula bertudung).

Macam aku cakap tadi, rambut biru kewl ini cuma boleh dilihat dibawah pancaran matahari. Yang sampai sekarang mendung sepanjang hari di sini.

Terus bebai dan decide nak botak.

No comments: